Cara Mengira Zakat Perniagaan
Masih ramai usahawan tidak tahu Cara Mengira Zakat Perniagaan
Perniagaan atau ‘tijarah’ bermaksud jual dan beli untuk mendapatkan untung. Dari segi istilah, tijarah ialah suatu kontrak untuk memperoleh harta atau keuntungan sama ada secara tukaran, akad jual beli, sewaan atau hutang.
.
.
.
.
Perniagaan merangkumi barangan yang ada ‘ain (zat harta) dan juga manfaat daripada suatu harta atau perkhidmatan seperti sewaan yang menghasilkan pendapatan; kegiatatan yang melibatkan pertukaran harta dengan manfaat atau secara jual-beli sama ada dengan mata wang ataupun barangan, baik secara tunai, hutang atau sewaan bertujuan mendapatkan untung. Perbahasan fiqh mengklasifikasikan sumber zakat perniagaan seperti berikut:
a) Perniagaan Berasaskan Barangan
- Zakat perniagaan bagi barangan mudir, iaitu peniaga runcitan yang tidak menunggu kenaikan harga barangan sebelum menjualnya. Menurut fuqaha Mazhab Malik, peniaga ini waji menunaikan zakat dan tidak dikenakan syarat haul terhadap barangannya. Namun haul peniaga dikira berasaskan haul modal harta asal dia mula berniat untuk menjalankan perniagaan ataupun tarikh dia mula membeli barang perniagaan. Nilai barangan ini dicampurkan kepada wang tunai dan ditolak hutang-piutang perniagaan yang ada (tidak termasuk harta tetap). Sekiranya jumlah pendapatan atau bakinya telah cukup atau melebihi nisab, maka zakat wajib ditunaikan.
- Zakat perniagaan bagi barangan muhkatir (spekulasi), iaitu peniaga yang membeli barangan dan menunggu sehingga harganya di pasaran meningkat sebelum menjualnya. Jumhur (kecuali mazhab Maliki) menyatakan peniaga ini wajib mengeluarkan zakat setiap tahun walaupun dia tidak menjual barangan berkenaan. Namun fuqaha Maliki menegaskan bahawa hutang barang perniagaan yang diberikan oleh muhtakir kepada pembeli tidak wajib dikeluarkan zakatnya kecuali muhkatir itu telah menerima pembayaran hutang tersebut.
b) Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan
- Zakat perniagaan bagi perkhidmatan dan perundingan – biasanya bagi golongan profesional dan berkemahiran (hampir serupa dengan Zakat Pendapatan bezanya kali ini dijadikan perniagaan). Hasil pendapatan golongan ini lazimnya dibayar dalam bentuk imbuhan bulanan atau perolehan sekaligus. Fuqaha Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak mensyaratkan haul ke atas zakat ini bererti wajib dikeluarkan setelah cukup nisab walaupun tidak cukup haul. Namun jika tidak cukup nisab, hasil perolehan sewajibnya dikumpulkan hingga akhir haul untuk mencukupkan nisabnya.
- Zakat perniagaan bagi harta al-mustaghallat, iaitu harta yang tidak diwajibkan zakat pada ‘ain-nya (fizikal), juga tidak dijadikan barang perniagaan, tetapi digunakan untuk nama’ (pengembangan harta/produktif), dan ia memberi keuntungan kepada pemiliknya dengan cara menyewa ‘ain-nya ataupun menjual barangan/manfaat yang terhasil daripadanya. Harta fizikal al-mustaghallat tidak diwajibkan zakat kerana ia tidak diniatkan untuk perniagaan, tetapi pemiliknya mendapat manfaat daripadanya seperti hasil sewaan, caj-caj pengangkutan, pendapatan projek ternakan dan pengeluaran serta lain-lain lagi. Hasil-hasil yang didapati seperti caj pengangkutan, yuran pengurusan dan sebagainya diwajibkan zakat kerana asas zakat masih sama seperti zakat perniagaan yang berasaskan barangan iaitu berdasarkan jumlah nilai baki di hujung haul.
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Dalil Zakat Perniagaan
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]
Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW: ?Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing).?[HR Bukhari]
Asas Umum Pengiraan Zakat Perniagaan
Daripada Maimun Ibn Mihran: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.?[Riwayat Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-Amwal]
Syarat Wajib Zakat Perniagaan
Muslim. Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
Cukup Nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
Cukup Haul. Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
Niat Berniaga. Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.
Cara Mengira Zakat Perniagaan
Perkara | RM | |
A | Hasil / Jualan / Perolehan | RM300 sehari X 5 hari berniaga = RM1,500 semingguRM1,500 X 4 minggu = RM6,000 sebulanRM6,000 X 12 bulan = RM72,000 setahun |
B | Tolak : Belanja / Kos Setahun | (RM10,000) |
C | Keuntungan Bersih Setahun (A – B) (Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 gram emas) | RM72,000 – RM10,000 = RM62,000 |
D | Kadar Zakat | 2.5% |
E | Zakat Perniagaan (C X D) | RM1,550 |
Ketahui cara kira zakat perniagaan , boleh click link berikut
Mohon kongsikan artikel ini jika bermanafaat dengan click butang SHARE FACEBOOK di bawah. Terima kasih
.
.
.