Profile Perunding

Mohd Ibrahim Bin Abu Bakar telah di lahirkan pada tahun 1980 di Kuantan dan di besarkan di Masai, Johor.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Masai dan Sekolah Menengah Dato Penggawa Timur. Meneruskan pembelajaran di Sekolah Vokasional Muar pada tahun 1996/97.

Seterusnya melanjutan pengajian di peringkat Diploma Kejuruteraan Elektrikal(Mekatronik) di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur pada tahun 1998-2001.

Seterusnya bekerja di  Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd selama setahun setengah dan meneruskan pengajian di Universiti Multimedia Cyberjaya di dalam Ijazah Kejuruteraan Elektrikal Kuasa antara tahun 2003-2007.

Amat aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan terpilih sebagai Perwakilan Pelajar bagi sessi 2005/6. Telah memenangi Best Leadership Awards dari HEP Universiti Multimedia Cyberjaya pada tahun 2006/2007.

Berkecimpung di dalam kerjaya sebagai seorang perunding kewangan unit amanah bermula tahun 2007 dan pada tahun 2009 menyertai Abdul Jalil Financial Group Sdn Bhd sebagai seorang perunding kewangan Islam.

Minatnya di dalam Perunding Kewangan Islam telah mendorong beliau untuk meneruskan pengajian di  lslamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) dan telah berjaya mendapat Islamic Financial Planner(IFP) pada 29 April 2016.

 

Pernah di panggil di TV AL Hijrah mengenai topik-topik kewangan.

Minat beliau di dalam perancangan kewangan bagi pemilik syarikat kerana belum ada perunding kewangan yang berjaya memberikan perancangan kewangan yang komprehensif.

Seorang yang minat mengembara ke seluruh dunia dan sehingga kita sudah memberikan konsultasi lebih daripada 100 pemilik perniagaan.

 

President BNI IKON

Pernah mengetuai kumpulan usahawan yang terdiri lebih dari 65 orang di sekitar Lembah Klang. Kumpulan Usahawan yang menjana lebih dari RM70 juta berasas referral marketing sejak penubuhan kumpulan ini.

Anda Perlukan Konsultasi Perwarisan Perniagaan?

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.