Kepentingan Partnership Agreement

Kepentingan Partnership Agreement

Kepada Mereka Yang Menjalankan Perniagaan
“Kalau Ada Partnership Agreement Sekali Pun, Kalau Nak Gaduh, Gaduh Jugak..”

“Dah Bertahun-Tahun Dah Kenal, Takkan Lah Tak Percaya Lagi?”

“Saya Tak Keluarkan Modal Pun, Jadi Apa Kerugian Pada Saya?”

“Cari Je Template Perjanjian Dalam Internet, Mudah & Murah..”

Kelebihan dan Kelemahan Firma Perkongsian Dan Kepentingan Partnership Agreement

Berikut adalah beberapa fakta tentang kelebihan dan kelemahan firma perkongsian sebagai panduan dalam membuat keputusan memilih organisasi perniagaan yang sesuai.

Kelebihan Firma Perkongsian

1. Mudah ditubuhkan dan ditamatkan serta kos penubuhan yang rendah.

2. Semua pekongsi boleh mengambil bahagian sepenuh masa dalam pengurusan firma.

3. Cukai pendapatan dikenakan kepada setiap pekongsi berdasarkan cukai individu; dan kadar cukai ini adalah rendah berbanding dengan cukai syarikat.

4. Penyata Kewangan tidak perlu diaudit dan tidak perlu diserah simpan kepada Suruhanjaya Syarikat.

5. Modal firma boleh ditingkatkan melalui tambahan modal atau pinjaman daripada pekongsi-pekongsi.

Kelemahan Firma Perkongsian

1. Tidak mempunyai status undang-undang tertentu seperti syarikat. Hal ini bermaksud harta dan tanggungan firma dan pekongsi-pekongsi adalah sama.

2. Pekongsi-pekongsi mempunyai tanggungan yang tidak terhad ke atas semua hutang piutang perniagaan. Harta dan tanggungan firma merupakan harta dan tanggungan pekongsi-pekongsi.

3. Jika salah seorang pemilik meninggal dunia, maka matilah firma tersebut kecuali dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian perkongsian.

4. Harta dipindahkan kepada orang lain tertakluk kepada persetujuan rakan kongsi yang lain.

5. Setiap pekongsi dicukai secara individu menurut gaji dan keuntungan yang diterima dari firma tersebut; dan tidak ada cukai pendapatan ke atas firma perkongsian.

6. Masalah pekongsi seperti tidak sefahaman, perbezaan pendapat dan matlamat, perasaan hasad dengki dan iri hati dalam kalangan pekongsi-pekongsi dapat membunuh perniagaan yang berdaya maju.

7. Sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada institusi kewangan kerana tanggungan ahli yang tidak terhad serta memerlukan penjamin.

8. Rumit untuk menetapkan gaji pekongsi-pekongsi aktif dan ini selalu menimbulkan pergaduhan atau pergeseran dengan pekongsi-pekongsi lelap.

9. Tidak boleh memiliki aset atas nama perniagaan.

Kepentingan Partnership Agreement, 7 Perkara Perlu Di Bincangkan Dan Wajar Di Nyatakan Dalam Perjanjian:

1. Tempoh Perkongsian Akan Dijalankan

Perkara ini perlu di nyatakan dalam perjanjian tempohmasa yang akan di luangkan dalam menjalankan perniagaan. Adakahnya ianya

1 tahun

2 tahun atau

5 tahun?

Jika boleh di nyatakan dengan jelas, mudah bagi mereka berpartner ini tahu timeline mereka tinggal berapa tahun dan bila nak exit dari perniagaan

2. Modal Dari Setiap Pekongsi dan Akaun dan Penandatangan Cek

Nyatakan dengan jelas berapakah sumbangan modal dalam bentuk wang ringgit bagi setiap pekongsi.

Sekiranya modal yang dibawa masuk berbentuk aset tetap, nyatakan nilai modal tersebut dalam bentuk wang ringgit.

Nyatakan dengan jelas peratus perkongsian untung setiap pekongsi dan bagaimana keuntungan tersebut diagihkan.

Sebutkan kaedah agihan modal pekongsi sekiranya berlaku pembubaran. Sekiranya tidak disebutkan dalam perjanjian, peruntukan Akta menyatakan selepas pembubaran modal itu akan diagihkan sama rata dalam kalangan pekongsi tanpa mengira peratus sumbangan modal awal mereka.

Nyatakan nama bank dan cawangan manakah akaun perniagaan akan dibuka.

Nyatakan pekongsi yang diberi kuasa menandatangani cek-cek firma dan siapakah diamanahkan untuk menjaga atau menyimpan akaun tersebut.

3. Kiraan Untung Rugi Untuk Setiap Pekongsi

Objektif utama memulakan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Kebanyakan perniagaan baharu gagal dalam tempoh 3 tahun pertama beroperasi disebabkan oleh faktor pengurusan kewangan dan pengurusan akaun atau simpan kira-kira yang yang lemah.

Adalah penting untuk setiap usahawan mempunyai rekod yang baik bagi setiap transaksi perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan supaya dapat mengenal pasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian.

Pengetahuan asas tentang simpan kira-kira adalah penting untuk pelaporan kewangan perniagaan yang konsisten.

Kaedah langsung digunakan untuk merekod aktiviti operasi yang melibatkan pelbagai jenis penerimaan tunai seperti wang tunai yang dibayar kepada pembekal, wang tunai yang diterima daripada pelanggan, gaji dan sebagainya. Jumlahnya dimasukkan di bawah bahagian operasi di dalam penyata aliran tunai.

4. Tugas & Tanggungjawab Setiap Pekongsi

Kebaikan Perniagaan Perkongsian ialah dapat menggunakan kepakaran dari rakan-rakan kongsi yang berkemungkinan mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berlainan.

Pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan kepakaran tersendiri dari rakan-rakan kongsi.
Risiko perniagaan dapat disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.

Persaingan dapat dikurangkan melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan untuk persaingan dapat diagihkan bagi meningkatkan jualan dan memperkembangkan perniagaan.

Berlaku salah faham atau perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan menjejaskan rancangan dan perjalanan perniagaan serta boleh membawa kepada pembubaran perkongsian.

Liabiliti yang biasanya tidak terhad akan menyebabkan individu / rakan kongsi kehilangan harta persendirian jika perniagaan menghadapi masalah dalam pembayaran balik hutang piutangnya.

Kesilapan dari seorang rakan kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang lain. Ini kerana setiap rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap perkongsiannya. Segala kerugian akan ditanggung bersama walaupun diakibatkan oleh hanya seorang rakan kongsi.

Dalam firma perkongsian, setiap pekongsi perlu mengetahui ataupun diberitahu tentang kuasa dan tanggungan mereka. Oleh itu, pekongsi-pekongsi dalam firma perkongsian mempunyai perhubungan dengan:

orang luar ataupun dengan pihak ketiga, dan pekongsi-pekongsi lain dalam firma tersebut.

Akta Perkongsian 1961 merangkumi tanggungan dalam dua bentuk; yakni tanggungan kontrak dan kesalahan-kesalahan sivil. Tanggungan seseorang pekongsi disebabkan oleh tindakan pekongsi yang lain adalah berdasarkan dalam kedua-dua bentuk tanggungan tersebut.

5. Tindakan Yang Akan Dilakukan Jika Berlaku Pertikaian

Seringkali berlaku pertikaian dalam kalangan rakan kongsi apabila tidak wujud lagi persefahaman seperti dahulu, terutamanya apabila perniagaan sudah mula menampakkan hasil. Oleh yang demikian terdapat kecenderungan bagi rakan kongsi untuk memecat atau mengeluarkan seseorang rakan kongsi yang lain. Namun begitu, tiada peruntukan khusus dalam undang-undang perkongsian untuk memecat atau mengeluarkan seseorang rakan kongsi, kecuali ia dinyatakan secara bertulis dalam perjanjian perkongsian. Seksyen 27 menyatakan tentang pengusiran seseorang pekongsi seperti berikut:

“seseorang pekongsi tidak boleh diusir daripada perkongsian oleh majoriti pekongsi-pekongsi kecuali jika kuasa untuk berbuat demikian diberi oleh perjanjian nyata antara pekongsi-pekongsi”.

Untuk memastikan supaya perniagaan dapat dijalankan berpanjangan, maka perjanjian perkongsian mestilah menyatakan dengan jelas bahawa pekongsi-pekongsi boleh dipecat oleh pekongsi-pekongsi yang lain sekiranya pekongsi tersebut melakukan perkara-perkara yang berkonflik dengan kepentingan perniagaan seperti menjalankan perniagaan jenis yang sama tanpa kebenaran pekongsi lain atau melakukan kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang (contohnya; jenayah kolar putih).

Pekongsi-pekongsi yang melakukan kesalahan tersebut perlu menarik diri secara sukarela tanpa perlu pekongsi-pekongsi lain mengambil tindakan memecatnya.

Dalam perkongsian akan wujud pertikaian dalam kalangan pekongsi-pekongsinya. Sekiranya pertikaian itu disebabkan tingkah laku pekongsi yang tidak jujur, maka pekongsi tersebut hendaklah menarik diri.

Namun, sekiranya terdapat pertikaian yang tidak dapat diselesaikan, pekongsi-pekongsi perlu melantik Penimbangtara/mediator untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Jika tiada sebarang perjanjian, agak susah untuk di selesaikan kerana tiada asas atau guideline dalam menjalankan sesuatu perniagaan.

12 Perkara Waris Perlu Hadapi Apabila Pemilik Syarikat Atau Keyman Meninggal Dunia

Baca Artikel – https://perwarisanperniagaan.com/12-perkara-waris-perlu-hadapi/

6. Pembubaran Perkongsian

Sesuatu firma perkongsian itu boleh ditamatkan secara sukarela oleh pekongsi-pekongsinya ataupun dibubarkan mengikut peruntukan undang-undang perkongsian. Penamatan atau penutupan firma perkongsian oleh pekongsi-pekongsi secara suka rela adalah menurut Kaedah 7 (Borang C), dan dibincangkan dalam bahagian 1.7.3. Walau bagaimanapun, firma perkongsian boleh dibubarkan atau terbubar (yang mempunyai surat Perjanjian Perkongsian) disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

1. Tertakluk kepada sebarang perjanjian perkongsian, di mana sesuatu perkongsian dibubar apabila sesuatu perkongsian itu luput jika ditubuhkan menurut tempoh yang telah ditetapkan. Dan yang kedua sesuatu perkongsian itu ditamatkan jika ditubuhkan bagi satu usaha atau pekerjaan itu telah tamat.

2. Tertakluk kepada sebarang perjanjian perkongsian, perkongsian adalah dibubar terhadap semua pekongsi apabila terdapat mana-mana pekongsi yang meninggal dunia ataupun muflis[7]. Pembubaran ini dikatakan berlaku secara automatik; yakni pekongsi-pekongsi tidak perlu melakukan apa-apapun untuk menamatkan perkongsian.

3. Pekongsi membenarkan bahagian dalam harta perkongsiannya dicagar di bawah Akta Perkongsian bagi hutangnya yang berasingan[8].

4. Pembubaran Melalui Notis

Jika sesebuah perkongsian itu ditubuhkan bagi tempoh yang tidak ditetapkan, maka mana-mana pekongsi boleh membubarkannya dengan memberikan notis kepada pekongsi-pekongsi yang lain tentang tujuannya untuk membubarkan perkongsian[9]. Perkongsian dibubar mulai dari tarikh yang disebut dalam notis itu, dan jika tarikh pembubaran tidak disebut dalam notis tersebut maka pembubaran berlaku pada tarikh notis itu disampaikan[3].

5. Pembubaran oleh Mahkamah

Mahkamah juga boleh membubarkan sesebuah firma perkongsian atas permohonan seseorang pekongsi. Mahkamah boleh memerintahkan pembubaran perkongsian itu dalam mana-mana satu keadaan berikut[11].

· Pekongsi yang hilang akal

· Hilang keupayaan kekal

· Kelakuan yang memudaratkan perniagaan

· Perlanggaran syarat Perjanjian Perkongsian secara sengaja atau berturut-turut oleh pekongsi

· Perkongsian mendatangkan kerugian

· Adil dan saksama sesama pekongsi

Bahagian yang berikut ini akan membincangkan prosedur-prosedur penubuhan perniagaan baru milik tunggal dan perkongsian. Prosedur-prosedur ini merangkumi beberapa peringkat; yakni carian nama, pendaftaran perniagaan, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan pendaftaran perniagaan dan juga penamatan perniagaan.

7. Pengusiran dan Persaingan

· Peruntukan dalam Akta Perkongsian 1961 menyatakan bahawa seorang pekongsi tidak boleh diusir keluar daripada perkongsian itu.

· Untuk mengatasi sekatan ini, perjanjian perkongsian perlu menyatakan dengan jelas keadaan-keadaan bagaimana pekongsi itu boleh di pecat dan diusir daripada firma itu. Contohnya, pekongsi-pekongsi yang melakukan jenayah kolar putih ataupun perkara lain yang bertentangan dengan undang-undang hendaklah menarik diri dari perkongsian tersebut secara sukarela.

· Akta Perkongsian 1961 juga melarang mana-mana pekongsi menjalankan perniagaan yang sama dan bersaingan dengan perniagaan yang dijalankan oleh firma tersebut. Jika sekatan ini tidak diingini, pekongsi boleh membuat peruntukan yang berlainan dalam perjanjian perkongsian.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai setiausaha syarikat, firma perkongsian mempunyai banyak kerenah yang datangnya daripada pekongsi-pekongsi itu sendiri. Oleh itu, adalah diingatkan supaya anda tidak mengambil jalan mudah jika anda ingin menubuhkan firma perkongsian. Sebelum berkongsi, berbincanglah secara mendalam bersama-sama dengan pekongsi-pekogsi yang lain berdasarkan 13 isu-isu di atas. Panduan tersebut amat berguna demi memastikan kejayaan dan hayat firma anda akan wujud berpanjangan.
.

.

Anda perlukan Partnership Agreement?

Saya nak tawarkan GIFT EBOOK PERCUMA yang bernilai RM 299 secara percuma jika anda SIGNUP bulan ni

Anda perlukan konsultasi Kepentingan Partnership Agreement? Sila isikan info anda di bawah ini

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin