5 Cara Membuat Hibah Hartanah

Membuat Hibah Hartanah Bercagar. Perlu ke buat Hibah Hartanah Bercagar ni?

Mengapa Anda Perlu Membuat Hibah Hartanah Bercagar. Adakah anda sanggup melepaskan hak rumah itu begitu sahaja kepada waris Faraid yang lain?

.

5 Cara Membuat Hibah Hartanah

  1. Buka Laptop Dan Senaraikan Segala Harta, Aset Dan Liabiliti Semasa
  2. Perlantikan Wasi Atau Pentadbir 
  3. Sediakan Peruntukan Dana Boleh Cair Lebih Awal
  4. Perancangan Dokumen Hartanah Mana Yang Ingin Di Hibahkan
  5. Guna Khidmat Konsultan Perwarisan Perniagaan

.

Mengapa anda perlu Membuat Hibah Hartanah Bercagar?

Bagi individu yang bekerja dan Usahawan, selain dari Syarikat yang perlu di hibahkan. Harta tidak alih seperti rumah juga perlu di hibahkan.

Saya percaya, dari 30 orang pembaca website www.perwarisanperniagaan.com, hanya 2 orang sahaja yang sudah membuat dokumen Hibah Hartanah Bercagar. Merancang pusaka bukanlah eksklusif kepada golongan berharta dan kaya sahaja. Setiap orang walaupun harta yang ditinggalkan hanya wang simpanan di bank harus melalui prosedur pencairan harta pusaka daripada terbeku.

Untuk pengetahuan anda, proses pencairan harta di sebut sebagai pengurusan pusaka.

Ramai boleh membuat sendiri, Cuma ianya memerlukan tenaga, masa dan wang. SEBAIKNYA, melalui pelan al Wasitah (Wasiyyah Shoppe Berhad) akan membantu Wasi sehinggalah kepada pembahagian pusaka.

Bahagian kedua ialah perancangan pusaka iaitu dengan menggunakan medium seperti Hibah dan wasiat dalam merancang pembahagian kepada individu dan waris tertentu. Jika anda tidak membuat perancangan ini, harta peninggalan akan di bahagikan mengikut Hukum Faraid.


Orang dulu-dulu ada merancang dengan menulis Hasrat di atas sekeping kertas. Ianya di selitkan di dalam buku lama ataupun di selitkan di helaian Al Quran. Cuma cara begini banyak kelemahannya kerana ianya boleh di cabar di mahkamah.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, anda pasti mempunyai aset tidak alih seperti rumah. Rumah inilah yang anda duduk bersama dengan keluarga tersayang. Penat lelah menjalankan perniagaan dan hasil kejayaan ini ramai individu dan usahawan melabur di dalam hartanah.


Lambakan kursus membeli aset dan berjaya di dalam bidang hartanah boleh di dapati di media social. Rumah adalah harta yang sangat bermakna. Lebih-lebih lagi bagi suami isteri yang bertungkus lumus meniaga dan Bersama-sama mencari dan membeli rumah idaman. Di rumah inilah banyak kenangan mungkin hampir di lelong ataupun rumah ini lah yang menjadi tempat teduhan anak yang masih kecil hinggalah ke dewasa dan tidak boleh di nilaikan sama dengan wang ringgit.


HARTA KRITIKAL UNTUK
DIRANCANG ADALAH RUMAH

Dengan penat lelah yang begitu banyak di keluarkan, adakah anda sanggup melepaskan hak rumah itu begitu sahaja kepada waris Faraid yang lain?

BAHAGIAN FARAID- PERWARISAN PERNIAGAAN
BAHAGIAN FARAID- PERWARISAN PERNIAGAAN

Wahai suami, menurut Hukum Faraid, bahagian isteri (ada 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan) hanyalah 1/8 sahaja! (rujuk gambar).

Jika anda mempunyai rumah atau syarikat, bayangkan nilai 1/8 ni mungkin mewakili bilik kecik di dalam rumah! Bahagian lain perlu di serahkan kepada waris-waris faraid yang lain. Adakah isteri dan anak-anak selesa untuk bersama-sama dengan waris faraid yang lain?


Hibah Hartanah Bercagar

Apabila suami meninggal dunia, isteri hanya mendapat 1/8 ataupun 12.5% sahaja daripada bahagian suami. Saya mempunyai client yang mana suami baru sahaja meninggal 6 bulan yang lepas, adik beradik arwah suami memaksa ibu mereka menyelesaikan isu harta pusaka yang mana aset rumah arwah bernilai RM2 juta. Memang betul ada hak faraid ibu arwah di dalam bahagian rumah.

Pernahkan anda (suami) terpikir jika scenario ini berlaku, bagaimana pula isteri ingin membahagikan rumah itu sedangkan anak-anak masih kecil dan tiada tempat lain untuk berlindung?


Membuat Hibah Hartanah

JALAN TERAKHIR BAHAGIKAN HAK RUMAH: JUAL

Apabila waris datang menuntut hak ke atas rumah, tidak praktikal rasanya jika anda hendak membahagikan hak mengikut ruangan fizikal rumah – seorang dapat dapur, ruang tamu,bilik dan sebagainya. Begitu juga jika mereka hendak menuntut hak dengan berkongsi tinggal bersama di rumah, tentunya akan ada rasa kurang selesa.


Membuat Hibah Hartanah

Cara untuk selesaikan masalah ini ialah pertamanya anda perlu cuba untuk nego dan bermulut manis meminta mereka melepaskan hak. Walaupun ia tidak mustahil, tetapi berdasarkan pengalaman lalu peratusan untuk berjaya agak tipis. Jangan disangka pakcik berkopiah mahupun Datuk yang kaya dengan mudahnya akan melepas hak mereka. Paling tidak pun mereka akan menuntut pampasan wang sebagai balasan ke atas hak itu.

HIBAH HARTANAH
DOWNLOAD EBOOK HIBAH HARTANAH

Bukan sedikit nilai pampasan yang perlu diberi ganti, apatah lagi jika nilai yang dituntut haruslah setimpal dengan HARGA SEMASA rumah tersebut. Maka jika simpanan tidak mencukupi, jalan terakhir ialah dengan MENJUAL rumah tersebut. Bila rumah sudah dijual, maka anak dan isteri perlu mencari tempat tinggal yang baru pula. Lebih perit ialah sebahagian nostalgia hidup bersama arwah akan hilang tanpa ganti.


ANDA SAYANG KELUARGA?

Jika jawapannya YA, rancanglah dari awal kerana kita tidak mahu keluarga mereka menanggung beban yang berat sekiranya kita sudah tiada. Ada juga yang berpandangan, terpulanglah kepada isteri mereka yang hidup untuk menyambung hidup. Bak kata Nujum Pak Belalang, “Ulat dalam batu pun boleh hidup”. Kita manusia yang mempunyai banyak keperluan hidup. Besarkan anak, hantar mereka ke sekolah yang baik.


Saya percaya anda adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab yang nak pastikan isteri dan anak tak perlu lalui peristiwa getir seperti di atas, saya kongsikan cara dan solusinya, iaitu…

“HIBAHKAN RUMAH”

.


APA ITU HIBAH?

Diharap pembaca sudah faham kesannya jika Rumah tidak dibuat perancangan dan dibahagikan mengikut Faraid. Begitu juga dengan Wasiat. Jika anda menggunakan Wasiat untuk mewariskan rumah kepada waris faraid, anda harus tahu bahawa Wasiat akan terbatal sekiranya ada waris yang membantah.

Di sinilah datangnya peranan Hibah Hartanah.


Hibah secara umumnya bermaksud akad pemberian milik sesuatu harta oleh pemilik harta semasa hidupnya secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan. Dalam bahasa lain, ia membawa maksud hadiah yang diberikan atas dasar kasih sayang.

Harta yang hendak dihibahkan (syarat yang wajib dipenuhi ) mestilah dimiliki sepenuhnya (pemilikan sempurna) oleh pemberi. Untuk rumah yang masih dalam pinjaman dengan bank, secara teknikalnya bank adalah pemilik bersama rumah anda. Maka atas dasar ini, rumah yang masih bercagar TIDAK BOLEH DIHIBAH.


Maksud harta bercagar:

Cagaran bermaksud harta yang dibeli, digadai atau diserah hak pada institusi kewangan atau kerajaan sebagai jaminan sebagai menjamin kepentingan peminjam atau institusi kewangan atau kerajaan yang memberi pinjaman berkenaan untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual atau pemaju.  Kebiasaannya, apabila ada harta yang untuk dicagarkan, bayaran atau kadar faedah dikenakan adalah lebih rendah kerana jaminan kepada pihak yang memberi pinjaman sudahpun ada iaitu harta yang dicagarkan kepada pihak perbankan, atau institusi kewangan atau pihak-pihak yang memberi pembiayaan.


Dalam konteks harta bercagar ini terbahagi kepada dua sama ada cagaran secara gadaian atau charge yang biasanya dikenakan kepada harta hartanah atau landend property yang mempunyai hak milik atau status pemilikan adalah secara berasingan, ataupun kepada hak milik strata ataupun stratified property yang sudah mempunyai pemilikan secara berasingan.  Kedua, bentuk cagaran adalah dalam bentuk penyerahan hak atau assignment yang mana harta ini sama ada landed property, atau stratified property (harta hak milik strata) yang masih mempunyai hak milik secara berasingan.  Perbincangan adalah menyentuh kepada harta yang dicagarkan itu boleh dihihbakan atau sebaliknya.

Pandangan ulama dalam perbahasan berkaitan dengan hibah dan hibah bersyarat menunjukkan betapa berlikunya pandangan ulama berkaitan dengan soal hibah.  Kalau kita lihat berkaitan soal hibah, dari sudut mazhab Maliki terutamanya, pandangan mereka lebih terbuka dan lebih sesuai untuk suasana sekarang kerana dalam pandangan mazhab Maliki, akad hibah merupakan akad tabaru’ yang mana persoalan tentang gharar atau ketidakpastian tidak berbangkit dalam soal akad tabaru’. 


Justeru, pandangan mazhab Maliki mengatakan bahawa sesuatu harta walaupun tidak diwujudkan lagi ketika akad masih boleh dibuat hiba.

Realiti di Malaysia, majoriti rakyat di Malaysia membeli rumah dengan pinjaman bank untuk satu tempoh pinjaman yang panjang dan berakhir pada umur pencen. Syarat ‘pemilikan sempurna’ sudah tentu akan menghalang mereka untuk Hibah rumah kesayangan, dan seterusnya tidak menjadi penyelesaian kepada masalah yang ada.


Ada kah solusi yang praktikal untuk menyelesaikan isu ini?

.

HIBAH HARTANAH BERCAGAR

Syarat ‘pemilikan sempurna’ dipenuhi dengan syarat adanya JAMINAN hutang tersebut akan dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT atau MLTT ke atas pinjaman.


Selain berpegang kepada pandangan mazhab Hanafi dan Maliki yang mengharuskan pemberian harta yang bukan dimiliki secara mutlak oleh penghibah dengan syarart mendapat keizinan pemilik harta tersebut, maka adalah wajar membenarkan hibah harta yang masih dalam cagaran berdasarkan kepada prinsip maslahah dan berdasarkan kaedah fekah ‘’sesuatu kesulitan dapat membawa kepada kemudahan’’. 


Tambahan pula, urusan pembiyaan dan pinjaman hartanah terutamanya perumahan pada masa kini dilindungi insurans bertempoh gadai janji berkurangan atau Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau (MRTT).  Jadi yang membeli berdasarkan pembiyaan perbankan atau adanya cover insurance ini atau takaful ini sepenuhnya maka kewajaran untuk dia membuat hibah harta yang dicagarkan itu lebih tinggi peluangnya.  Ini menjadi hak pemiutang terutamanya institusi kewangan untuk mendapatkan balik hutang terjamin.


Maka apabila pemilik meninggal dunia, baki pinjaman tersebut akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak lagi terbeban untuk menanggung baki hutang yang ada.

HIBAH HARTANAH BERCAGAR WASIYYAH SHOPPE BERHAD

.

Wasiyyah Shoppe adalah SATU-SATUNYA syarikat pewarisan pusaka di Malaysia yang menawarkan khidmat Hibah Hartanah Bercagar.

.

Bersama dengan Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Che, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang merupakan Panel Shariah bagi Wasiyyah Shoppe Berhad

Walaupun keperluan membuat Hibah Hartanah Bercagar semakin kritikal, tetapi hanya Wasiyyah Shoppe yang menyediakan servis ini.

Lebih 200 kes Pengesahan Hibah yang dimenangi di Mahkamah. Tiada syarikat lain yang mempunyai track record cemerlang seperti ini. Pengalaman lebih 15 tahun (sejak 2004) lagi dalam menyediakan dokumen pewarisan pusaka. Wasiyyah Shoppe telah melalui pelbagai pengalaman menguruskan pusaka. Produknya telah melalui proses improvement dari semasa ke semasa.


Setiap syarikat ada metodologi, pendekatan dan solusi tersendiri untuk menyelesaikan masalah pusaka dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Bagi Wasiyyah Shoppe, solusi tersebut ialah dengan menggunakan Hibah. Produk Hibah Hartanah Bercagar adalah hasil daripada pengalaman dan penyelidikan yang telah dibuat bersama dengan pakar bidang ini.


Hibah Hartanah Bercagar ada isu tersendiri, seperti yang dibincangkan di atas. Oleh itu, amatlah penting untuk memilih syarikat pewarisan pusaka yang berpengalaman jika hendak membuat dokumen Hibah Hartanah Bercagar. Sekiranya ada kecacatan dalam dokumen Hibah yang disediakan, HIBAH itu berisiko untuk TERBATAL apabila Hibah itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk disahkan.

Akibatnya akan ditanggung oleh waris penerima. Apabila Hibah terbatal, rumah itu akan kembali dibahagikan menurut Hukum Faraid.


Panel syariah terdiri daripada kalangan ilmuan dan practitioner yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran khusus dalam harta pusaka

.

30k



Jika anda berminat dengan solusi hartanah bercagar, anda boleh isikan info anda di bawah ini:

.

Hibah Hartanah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

5 Cara Membuat Hibah Hartanah

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin