5 Manfaat Perwarisan Perniagaan

5 Manfaat Perwarisan Perniagaan

Pewarisan Perniagaan

Apabila berlaku kematian kepada seorang ahli perniagaan yang memiliki saham di dalam syarikat, saham itu juga merupakan harta pusaka dan berhak dituntut oleh waris-waris mengikut hukum faraid.

Sedangkan waris-waris ini mungkin tiada pengetahuan langsung tentang perniagaan dan mungkin juga tidak pernah terlibat langsung dengan aktiviti perniagaan. Keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah dan perbalahan yang pada jangka panjangnya berpotensi menyebabkan syarikat ditutup atau terganggu operasinya. 

5 Manfaat Perwarisan Perniagaan
5 Manfaat Perwarisan Perniagaan

Pemegang saham tersebut boleh menghibahkan saham perniagaan mereka kepada sesiapa penerima hibah yang mereka kehendaki. Penerima hibah ini boleh terdiri dari anak yang dirancang akan berfungsi selaku pewaris perniagaan yang mungkin telah dipilih atau dilatih oleh pemegang saham.

5 Manfaat Perwarisan Perniagaan, Tindakan hibah ini akan menyebabkan saham perniagaan itu akan terkeluar dari harta pusaka dan hanya dimiliki oleh penerima hibah yang ditetapkan sekaligus mengelakkan risiko perbalahn pada masa hadapan.

Pada artikel kali ini, kami akan kupas 5 Manfaat Perwarisan Perniagaan yang perlu anda ketahui. Sebelum itu, mari kita baca penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan saham syarikat yang sudah menjadi pusaka

PERSEPEKTIF ISLAM – TATKALA SYARIKAT MENJADI PUSAKA 

Soalan

Assalamualaikum wbt.

Disini saya ada soalan berkenaan harta pusaka dalam bentuk syarikat perniagaan. Ayah saya telah meninggalkan kepada kami sekeluarga 2 buah perniaagan, dan proses pembahagian terbantut atas sebab-sebab tertentu.

Dan perniagaan tersebut diteruskan oleh adik beradik. Sekitar 5 tahun setelah itu syarikat telah berkembang dan telah mempunyai cawangan dan anak syarikat baru, kesemua syarikat tersebut dikendalikan oleh adik beradik.

Jadi bila kami ingin faraidkan syarikat tersebut mengikut syer saham, adakah kesemua syarikat sejak arwah ada sehinggalah syarikat baru yang tertubuh setelah peninggalannya termasuk dalam kiraan? Atau cuma 2 syarikat yang wujud ketika arwah ada sahaja dikira sebagai harta faraid.

Manakala syarikat yang baru tidak termasuk dalam kiraan faraid? Mohon penjelasan YBHG tuan mufti. Terima kasih.

Daftar Seminar Perwarisan Perniagaan

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala limpahan nikmat dan kurniaNya. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W hingga ke Hari Akhirat.

Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T:

﴿لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا﴾

Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Surah al-Nisa’ (7)

Kemudian, sabda Rasulullah S.A.W:

«أَلْحِقُوا الفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ»

Maksudnya: “Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak.”

Riwayat al-Bukhari (6732), Muslim (1615)

Berdasarkan ayat al-Quran dan juga hadith Nabi Muhammad S.A.W di atas menunjukkan pensyariatan perwarisan harta peninggalan kepada para waris yang berhak. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya mengatakan bahawa ayat ini juga menjadi dalil kepada pembahagian harta peninggalan seseorang mengikut faraid. [Lihat: Tafsir al-Qurtubi; 5/47].

Harta peninggalan ialah semua yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya sama ada dalam bentuk harta alih seperti emas, perak, duit, perabot, saham dan sebagainya, atau dalam bentuk harta tidak alih seperti tanah, rumah dan sebagainya.

Kesemua ini termasuklah dalam takrifan harta peninggalan. Maka, apabila meninggalnya seseorang dan meninggalkan sekian-sekian harta seperti di atas, maka hendaklah ia dibahagikan kepada para warisnya yang berhak. [Lihat: a;-Fiqh al-Manhaji; 5/71].

Berbalik kepada persoalan yang diajukan mengenai anak syarikat dan juga keuntungan saham yang berkembang setelah pemergian seseorang, jika ia (saham dan syarikat) berkembang dari modal yang sama iaitu dari harta peninggalan ayahnya, maka kami katakan bahawa keuntungan saham dan juga anak syarikat yang terbit walaupun setelah sekian lama pemergian ayahnya itu, kesemua itu adalah termasuk dalam harta pusaka dan mestilah dibahagikan secara faraid kepada ahli waris yang berhak. Ini mengambil kaedah yang dipegang dalam mazhab Syafi’i iaitu:

أَنَّ التَّرِكَةَ بِزَوَائِدِهَا لِلْوَرَثَةِ، كُلٌّ حَسَبَ حِصَّتِهِ فِي الْمِيرَاثِ

Maksudnya: Sesungguhnya harta peninggalan dan pertumbuhannya adalah menjadi milik ahli waris mengikut bahagian masing-masing.

[Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 11/216, al-Majmu’; 16/53]

Berkenaan dengan hal orang yang mengusahakan harta peninggalan sehingga berkembang namun belum dibahagikan kepada ahli warisnya yang berhak, jika orang yang menguruskan misalnya dalam kes ini, abang sulung menguruskan syarikat tersebut sehinggalah berkembang biak di bawahnya wujud anak-anak syarikat yang baharu dan juga saham yang banyak, maka perlulah dilihat di sini terlebih dahulu status asal syarikat tersebut yakni jika abang sulung tersebut meletakkan modal juga maka bolehlah diasingkan modal abang sulung dari harta asal dan yang bertambah darinya sebelum dibahagikan.

Seterusnya, jika abang sulung menguruskannya atas sebab kerelaannya sendiri dan dia menghalalkan kesemua pengorbanannya bersama keuntungan syarikat dan sebagainya supaya dibahagikan sesama waris mengikut hukum faraid adalah lebih baik dan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. Namun, jika dia meminta upah dari usahanya itu, maka bolehla dibayar mengikut upah yang setimpal dengan usahanya.

Di sini, terdapat juga satu prinsip yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta’ al-MIsriyyah, mereka berkata:

التركة وما نتج عنها من نماء تكون لجميع الورثة ما دام الذين قاموا بتنمية التركة كانوا يأخذون مرتبات شهرية نظير ما قاموا به

Maksudnya: Harta peninggalan berserta apa yang terhasil daripadanya kesemuanya menjadi milik ahli waris yang berhak selagimana mereka yang mengembangkan harta, mereka mengambil gaji bulanan berdasarkan apa yang mereka usaha padanya.

 5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

https://perwarisanperniagaan.com/5-cara-membuat-wasiat/

Penutup

Kesimpulannya, harta peninggalan bersama-sama setiap benda yang terhasil atau berkembang biak berpunca darinya, adalah dikira sebagai harta pusaka, maka ia perlulah dibahagikan mengikut hukum faraid kepada para warisnya yang berhak.

Justeru, dalam konteks soalan yang diajukan, maka kami katakan syer saham bagi kesemua syarikat sama ada yang asal begitu juga yang terhasil daripadanya adalah pusaka.

Adapun, jika ada usul ataupun pertentangan dari seseorang, maka sebaiknya hal ini dirujuk ke mahkamah bagi menjalankan prosedur dan juga pengagihan yang lebih kemas.

Akhirnya, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agama, memberikan kemudahan dalam urusan di dunia dan di Akhirat, semoga Allah S.W.T menerima dan memberkati segala amal perbuatan kita.

Sumber rasmi – https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3949-al-kafi-1507-hukum-syarikat-pusaka

5 Manfaat Perwarisan Perniagaan

SOLUSI PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Wasiyyah Shoppe Berhad membantu pemegang saham (shareholder) mendepani isu pewarisan perniagaan melalui perkhidmatan AT TIJARAH

MANFAAT PERKHIDMATAN INI IALAH

DITETAPKAN DARI AWAL
Pemegang saham boleh menetapkan dari awal siapakah di antara warisnya yang paling layak untuk mewarisi saham yang dimilikinya di dalam syarikat.

PENERAJU PERNIAGAAN
Pemegang saham boleh menetapkan siapakah yang bakal menerajui perniagaan seperti Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif.

LIMIT OF AUTHORITY
Pemegang saham boleh menentukan limit of authority ( LOA ) perniagaan dan siapa yang bertanggungjawab untuk mengawal pembayaran perniagaan serta parameternya.

OPERASI SYARIKAT
Pemegang saham boleh menentukan bagaimana perniagaan beroperasi.

PEWARIS SAHAM
Pemegang saham boleh menetapkan bahawa pewaris sahamnya tetap menyalurkan manfaat dari perniagaan seperti dividen kepada sesiapa yang dikehendaki pemegang saham.

5 Manfaat Perwarisan Perniagaan akan di nikmati selepas anda mendengar penjelasan yang jelas dari konsultan. Harga perancangan ini bergantung kepada jenis solusi yang anda ambil.

Terima kasih kerana membaca artikel 5 Manfaat Perwarisan Perniagaan. Jika anda merasakan artikel 5 Manfaat Perwarisan Perniagaan ini banyak manfaat, mohon jasa baik untuk sebarkan kepada rakan-rakan perniagaan ye.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

Jika anda berminat dengan konsultasi Perwarisan Perniagaan, sila tinggalkan info anda di bawah ini

Konsultasi Perwarisan Perniagaan

5 Manfaat Perwarisan Perniagaan

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

5 Manfaat Perwarisan Perniagaan

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin