5 Perkara Managing Director Perlu Buat Untuk Memastikan Legasi Perniagaan Boleh Berterusan Macam Biasa

Ramai usahawan yang lebih 10 tahun meniaga akan mengalami dilema samaada keluarga mereka boleh meneruskan ke tidak Perniagaan mereka.

5 Perkara Managing Director Perlu Buat Untuk Memastikan Legasi Perniagaan Boleh Berterusan Macam Biasa.

5 Perkara Managing Director Perlu Buat Untuk Memastikan Legasi Perniagaan Boleh Berterusan Macam Biasa.

https://www.linkedin.com/pulse/5-perkara-managing-director-perlu-buat-untuk-legasi-boleh-abu-bakar

Sy kongsikan 5 perkara anda perlu buat bagi memastikan Legasi Perniagaan Boleh Berterusan Macam Biasa

1. Jenis syarikat.

Syarikat Sdn Bhd dan Berhad sahaja boleh di wariskan lebih mudah. Enterprise dan PLT dia akan jatuh kepada individu.

Maksud sy, jika owner meninggal syarikat enterprise dan PLT meninggal dunia, syarikat tutup. Tidak boleh langsung di wariskan. Ianya akan ikut individu.

Syarikat Sdn Bhd boleh berjalan macam biasa. Cuma ada isu teknikal bagi mengeluarkan duit dalam bank untuk operasi.

2. Melantik pentadbir.

Apabila berlaku kematian Shareholder, COSEC akan mencari waris.

Jika waris tidak di jumpai, COSEC akan ada masalah nak menukar nama Shareholder yang meninggal dunia kepada yang baru kepada wakil atau pemegang amanah dri keluarga si mati.

Jika melantik pentadbir sudah di buat awal, proses ini kurang dari 3 bulan. Rakan kongsi yang masih hidup mudah menguruskan syarikat macam biasa.

3. Semak status Perniagaan Yang Boleh Di Warisi atau tidak.

Tidak semua Perniagaan boleh di wariskan kerana memerlukan kepakaran, lesen dan kemahiran professional.

Ada setengah Perniagaan memerlukan waris yang mempunyai professional cert seperti si ayahnya yang mati bagi meneruskan perniagaan. Contoh farmasi, dentist, arkitek.

Jika waris rakan kongsi mahir, mereka boleh mencari wakil atau melantik professional partner yang baru bagi mengantikan Shareholder yg meninggal.

Ada Perniagaan memerlukan kemahiran dan lesen professional.
Jika anak-anak mahir menjalankan perniagaan, boleh mendidik anak dari awal lagi sebagai persediaan.

4. Business overhead

Setiap bulan anda sudah ada overhead wajib yang perlu di bayar seperti gaji, hutang vendor, lesen bulanan, sewa kedai atau pejabat dan macam-macam lagi.

Jika overhead bulanan anda Rm200,000, anda wajib memiliki sinking fund minimum 12 bulan. Anda boleh Ketepikan 2% dari gross sales tahunan anda dengan mengambil keyman polisi.
Saya banyak membantu client bab ni. Ramai yang tidak pernah tahu kepentingan keyman dan sinking fund ini.

Jika anda meninggal dunia, beban ini akan jatuh kepada waris anda.

Kesian mereka kena tanggung benda ni.

Di sini keyman polisi membantu waris untuk menanggung hutang-piutang yang ada.
Boleh DM sy untuk mengetahui caranya

5. Perlu ada Konsultant yang mahir membantu.

Ini paling penting. Buat perancangan atas kertas dan execution perlu di laksanakan oleh consultant dan Trustee Berhad Patuh Syariah.

Mengapa Trustee Patuh Syariah?

Trustee tidak akan tutup. Firm guaman akan tutup bila pemiliknya meninggal dunia.

Saya nyatakan ini kerana pengalaman client saya, ada 6 syarikat Sdn Bhd dan beberapa hartanah lebih Rm3 juta. Sudah membayar puluhan ribu kepada lawyer dan firm.

Apabila lawyer meninggal dunia, firm tu terus tutup dan dia tidak tahu nak refer siapa. Dokumen pun tidak di serahkan

Konsultant macam saya meninggal macam mana? 😢

Tidak perlu risau. Trustee yang akan execute semua hasrat Tuan Puan. ❤😊

Undang-undang trustee berbeza sedikit. Buat masa ini Trustee kami sudah memegang amanah pelanggan lebih dari Rm8 billion aset under management.

Itu sahaja kupasan saya mengenai 5 perkara anda perlu buat sebelum membuat perancangan Perwarisan Perniagaan.

Jika anda perlukan penerangan berkaitan Perwarisan Perniagaan, boleh PM saya untuk maklumkan lanjut.

Terima kasih kerana membaca artikel 5 Perkara Managing Director Perlu Buat Untuk Memastikan Legasi Perniagaan Boleh Berterusan Macam Biasa

.

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

5 Perkara Managing Director Perlu Buat Untuk Memastikan Legasi Perniagaan Boleh Berterusan Macam Biasa

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin