Usahawan Perlu Buka DPF Akaun

Usahawan Perlu Buka DPF Akaun,

Assalamualaikum sahabat Perwarisan Perniagaan .

Ada orang bertanya kepada saya, Mengapa Usahawan Perlu Buka DPF akaun berbanding akaun EPF? Saya balas balik, DPF bukanlah skim terbaru dari EPF.

Apa Kebaikan DPF ni?

Ia adalah satu konsep simpanan/pelaburan yang khusus kepada usahawan yang mana ianya melengkapi apa yang patut usahawan fokuskan.

DPF NI BAGUS KE?
BOLEH, BACA HINGGA HABIS

Ini adalah salah satu kisah catatan perjalanan saya seorang Perunding Perwarisan Perniagaan yang bagi saya menyayat hati.

Moga anda semua belajar sesuatu daripada kisah ini.

KISAH DUKA SEORANG BALU USAHAWAN ANGKARA WANG EPF DAN SAHAM PERNIAGAAN.

Puan Rosnah merupakan seorang surirumah tangga yang berusia awal 40an. Berasal dari negeri pantai timur dan berkahwin dgn jejaka pilihan hatinya.

Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan dan seorg anak lelaki.

Arwah suaminya iaitu En M adalah seorang usahawan di Negeri Sembilan dan adalah seorang yg baik hati serta gigih bekerja.

Pada satu pagi, En M mengadu sakit di kepala tetapi gagah juga pergi ke permis perniagaan.

Akibat tidak tertahan akan kesakitannya, beliau meminta isterinya menghantar ke hospital swasta.

Anda ada hartanah? Baca artikel ini
Saya percaya, dari 30 orang pembaca website www.perwarisanperniagaan.com, hanya 2 orang sahaja yang sudah membuat dokumen Hibah Hartanah. 

Sadisnya, nyawa En M meninggal sebelum sampai ke hospital dan doktor mengesahkan beliau terkena stroke.

Otaknya tidak mendapatkan aliran darah yang cukup.

Arwah suami meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja dan yang saya hendak kongsikan kisah duka ini ialah,

perjalanan dugaan kehidupan yang merumitkan seorang balu mempunyai 3 orang anak yang masih kecil.

Agak susah membesarkan 3 orang anak yang masih kecil. Kehidupan Puan Rosnah , 360 darjah terbalik.

Pada hari kematiannya, sales kedai sekitar Rm500 sehari dan di dalam poket En M hanya ada kurang dari Rm500.

Password ATM kad tidak pula di tinggalkan oleh suaminya jika berlaku apa-apa.

Perniagaan arwah di jalankan oleh isteri seperti biasa namun siapa boleh jangka staff mula buat perangai seperti ponteng, gaduh dan isu curi duit.

Kutipan sehari makin menurun dan pelanggan mula tidak datang ke premis.

Seminggu selepas arwah meninggal, vendor mula telefon dan kutip balik hutang-hutang perniagaan.

Puan Rosnah pening kepala bagaimana beliau hendak membayar hutang yang mencecah puluhan ribu ringgit. Ini baru seorang.

Ada lagi 3 – 4 orang sudah bertanya mengenai hutang arwah yang mana ianya adalah pinjaman peribadi.

Di atas meja pejabat arwah sudah ada surat LHDN yang pasti nilai tuntutannya tinggi.

Lebih malang lagi, ibu arwah mula bertanyakan duit Epf arwah yang bernilai lebih rm500k diletakkan 100% atas nama ibunya sbg penama.

Satu perjumpaan telah di adakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan arwah.

Semasa perbincangan bersama keluarga arwah, ibu mertuanya memutuskan supaya duit epf arwah utk bahagian anak-anak arwah di letakkan di dalam akaun kak sulong arwah utk tujuan pemantauan.

Alasannya, mentua tidak percayakan Puan Rosnah boleh uruskan dengan baik duit sebanyak itu.

Ibu arwah menekan perniagaan masih boleh di jalankan dan Puan Rosnah tidak perlu lagi sebarang imbuhan.

5 Masalah Utama Dalam Merancang Perwarisan Perniagaan. Baca Artikel

BAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBANTU ANDA MERANCANG HARTA ANDA MENGIKUT KAEDAH SYARIAH ?SOLUSI PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

Dan yang paling sedihnya, bahagian isteri sepatutnya 1/8 drp jumlahnya keseluruhan epf, tetapi Puan Rosnah cuma diberi rm20k shj. Sepatutnya bahagian keseluruhan Puan Rosnah ialah Rm62,500.

Agak sukar Puan Rosnah hendak meminta duit untuk belanja anak-anaknya. Setiap kali awal tahun, seorang anak cuma di beri rm300 seorang.

Jika Puan Rosnah hendak minta duit lebih belanja bulanan, mesti meminta drp kakak sulong arwah dan di wajibkan menandatangani satu buku pengeluaran duit.

Episod sedih keluarga ini berterusan sehinggalah ke awal tahun 2019 ini.

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tak Tahu Caranya? Ikuti 16 Tips Terbaik Daripada Pakar

Perniagaan terpaksa di tutup kerana jualan berkurang dan Puan Rosnah tidak mampu menanggung sewa syarikat.

Kakitangan syarikat sudah lama meninggalkan Puan Rosnah sendirian menguruskan syarikat.

Mana mungkin sama pengurusan yang di jalankan oleh isteri yang baru sahaja belajar mengenai perniagaan suami.

Usahawan Perlu Buka DPF Akaun

Puan Rosnah telah menghubungi kakak sulong arwah utk tujuan dana utk persediaan persekolahan anak-anaknya.

Beberapa kali Puan Rosnah membuat panggilan, tetapi panggilan tidak di jawab.

Puan Rosnah juga memaklumkan hasratnya menerusi whatsapp, walaupun terdapat tanda read tetapi tetap tiada balasan hinggalah ke hari ini.

Bagaimanakah perasaan anda jika anda berada di tempat
Puan Rosnah?

Sengsaranya hidup seorang ibu tunggal membesarkan anak-anak dan tanpa pengalaman meniaga.

Hutang perniagaan suami jatuh di bahu isteri yang pastinya membebankan isteri.

Dan lebih teruk, keluarga mentua telah termakan harta batil samada sedar atau tidak.

Jika kakak sulong meninggal dunia, mungkin anak-anak beliau tidak tahu itu bukan harta ibunya dan menyangka itu adalah pusaka ibunya.

Bagaimana nanti anak-anak Puan Rosnah hendak menuntut haknya dan terpaksa berdepan dengan sepupunya.

Di sebabkan penama EPF bukanlah hak mutlaknya tetapi hanya berperanan sebagai seorang pentadbir sahaja dan wajiblah membahagikan kepada waris-waris paling dekat semasa arwah meninggal dunia.

Ambil ikhtibar dari kisah ini dan pastikan kehidupan waris-waris anda selesa walaupun anda telah tiada nanti.

Kesimpulannya,

EPF memang tabung persaraan yang bagus untuk penjawat swasta dan juga pemilik perniagaan.

Jika berkaitan dengan Perwarisan Perniagaan, Usahawan Perlu Buka DPF (Director Provident Fund) kerna ia lebih banyak membantu usahawan dan waris kerana ianya menggunakan pendekatan HIBAH terus kepada waris.

EPF bermaksud Employee Provident Fund.

DPF bermaksud DIRECTOR Provident Fund.

EPF simpanan yang di galakkan.

Jika anda pemilik perniagaan, Usahawan Perlu Buka DPF akaun . Pindah lebih baik

EPF akan di pecahkan mengikut Faraid.

DPF manfaatnya terus Hibah kepada Waris.

Usahawan Perlu Buka DPF Akaun

Berapa banyak boleh di simpan oleh business dalam DPF yang membenarkan tolak tak ni?

Ada 2 cara yang biasa saya syorkan kepada pelanggan VVIP

  • Maintain potongan EPF bulanan anda, let say anda mencarum 11%(Majikan) +13% (Sendiri). Pindahkan terus ke DPF
  • Saya biasa mintak client pindahkan RM100 sehari ke dalam akaun ini.
  • Bulan ni dah potong EPF belum? Meh kita buat akaun baru untuk DPF

DPF ini mempunyai elemen Business Protection yang boleh memberikan jaminan 2 tahun overhead syarikat.

Jika overhead bulanan syarikat RM30,000, DPF boleh menyediakan minimum 2 tahun jaminan income kepada syarikat.

Waris boleh menggunakan Hibah Business Protection ini untuk meneruskan perniagaan selama mana yang boleh.

BETUL KE DPF NI BOLEH TOLAK CUKAI SYARIKAT?
BOLEH, ISIKAN INFO ANDA DI BAWAH, NANTI KAMI AKAN HUBUNGI ANDA

Anda berminat dengan solusi Director Provident Fund ini? Sila isikan info anda di bawah ini:

.

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Usahawan Perlu Buka DPF Akaun

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin