Buat Wasiat Lebih Baik Daripada Hibah

Buat Wasiat Lebih Baik Daripada Hibah. Biasa dengar tak?

Masyarakat terkeliru kerana ada pihak yang mengatakan dari segi hukum, semua orang Islam wajib berwasiat berdasarkan surah al-Baqarah ayat 180 tanpa pihak tersebut menerangkan pula bahawa hukum wajib ini telah dinasakhkan (mansuh) apabila turunnya ayat-ayat mawarith dan hadis-hadis berkaitan.

Wasiatlah yang paling pen­ting dan dengan adanya wasiat semua keperluan perancangan harta dapat dipenuhi. Dalam masa sama, ada pula pihak yang mengatakan bahawa hibah lebih baik daripada hukum faraid sehingga seolah-olah berhibah itu pula satu keperluan berban­ding mengagihkan harta pusaka mengikut hukum faraid.

Wasiat yang berkuatkuasa dari segi hukum syarak ialah wasiat yang diberikan pada kadar maksima 1/3 dan penerimanya ialah bukan waris iaitu pihak yang TIDAK menerima harta pusaka mengikut hukum faraid. Wasiat kepada waris-waris faraid seperti pasangan dan anak-anak, HANYA BERKUATKUASA jika dipersetujui oleh semua waris-waris faraid selepas kematian pewasiat.

buat wasiat
buat wasiat

Kekeliruan ini perlu diperjelaskan. Semua syariat yang Allah turunkan ada kelebihan masing-masing. Tiada sesuatu syariat Allah itu lebih baik daripada syariat yang lain. Semuanya baik belaka dan dapat memenuhi semua keperluan umat Islam sesuai dengan prinsip Islam itu sebagai ilmu yang syumul.

.

.

httpswww.youtube.complaylistlist=PLevU5sXmQh9eVmEvV9opLsx15bea1SLSw

.

.

Buat Wasiat Lebih Baik Daripada Hibah. Ikut keperluan

Sama ada kita perlu membuat wasiat atau hibah atau apa-apa pun bentuk perancangan harta mengikut hukum syarak yang lain, semuanya bergantung kepada keperluan kita. Jika kita berhasrat untuk mewasiatkan harta kepada bukan waris pada tahap maksimum satu pertiga harta pusaka bagi tujuan amal jariah, maka wasiatlah yang perlu kita buat.

Jika kita membuat wasiat untuk waris hukum faraid seperti pasangan, anak-anak, ibu bapa atau pihak lain, maka kita perlu faham bahawa wasiat itu akan terbatal jika ada waris lain mengikut hukum faraid membantah wasiat itu.

Hak waris mengikut hukum faraid berkenaan wajib dise­rahkan kepada mereka walau apapun yang disebut di dalam wasiat itu.

Tetapi, jika kita ingin membahagikan harta dan mahu pembahagian itu berkuat kuasa semasa hidup kepada sesiapa pun yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris mengikut formula pembahagian yang kita ingini pula, maka kita perlulah membuat hibah.

Dari segi undang-undang sivil pula wasiat yang melantik wasi ( pentadbir ) hanya berkuatkuasa jika kes harta pusaka itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil ( bagi simati yang meninggalkan harta pusaka bernilai melebihi RM 2 juta ). Bagi kes harta pusaka yang dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil ( bagi simati yang meninggalkan harta pusaka kurang dari RM 2 juta dan mempunyai harta alih ), pelantikan wasi di dalam wasiat itu hanya berkuatkuasa sekiranya dipersetujui oleh waris-waris mengikut hukum faraid. Jika tidak dipersetujui, wasiat itu perlu dibicarakan pula di Mahkamah Syariah dan ada kemungkinan wasiat yang melantik wasi itu boleh terbatal jika gagal dihujahkan di Mahkamah Syariah.

Isu tukar milik harta yang te­lah dihibah itu sama ada ketika hidup atau selepas mati pemberi hibah, adalah isu kedua.

Undang-undang Brunei yang lebih ketat berpegang kepada Shafie dari Malaysia sendiri mengiktiraf bahawa tukar milik bukan satu keperluan hibah. Hanya rukun dan syarat sahaja yang perlu dipenuhi. Tiada masalah juga pemberi hibah menikmati manfaat fizikal atau ekonomi daripada harta yang dihibah asalkan penerima hibah membenarkannya.

Jika kita berhasrat pula supaya pasangan kita (baik suami atau isteri) mendapat sebahagian daripada harta kita sama ada selepas bercerai, selepas mati atau jika suami ingin berpoligami pada kadar maksimum sehingga separuh, maka kita boleh membuat dokumen pengisytiharan harta sepencarian.

Cumanya dalam pengalaman saya, suami tak berapa minat buat dokumen ini kerana takut mereka ‘terpoligami’ atau ‘tercerai’ dengan isteri mereka.

buat wasiat
Buat Wasiat – Fi pentadbiran Pusaka

Pemegang amanah

Di samping itu, kita juga boleh meletakkan harta-harta kita yang tertentu seperti hartanah, wang tunai, pelaburan saham amanah atau manfaat takaful di bawah pegangan pemegang amanah sama ada individu yang dipercayai atau syarikat amanah profesional seperti Wasiyyah Shoppe Berhad bagi diuruskan mengikut arahan kita dan untuk benefisiari yang kita kehendaki dengan menyediakan surat ikatan amanah yang berprinsipkan wakalah.

Para pembaca yang dikasihi sekalian, jelas di sini bahawa setiap bentuk perancangan itu sama ada wasiat, hibah, harta sepencarian atau amanah, mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing. Tiada satu pun instrumen ini lebih baik daripada yang lain. Berdasarkan keperluan setiap individu, ada orang yang perlukan wasiat sahaja.

Download Ebook Hibah Hartanah

Ada juga yang perlukan hibah sahaja. Ada pula yang perlukan kesemua wasiat, hibah, harta sepencarian dan amanah secara serentak. Hanya orang yang memahami aspek perancangan harta sekerat-sekerat sahaja yang akan mengatakan sesuatu instrumen itu lebih baik daripada yang lain.

Sungguhpun demikian kita perlu juga faham bahawa walaupun Islam membenarkan kita merancang harta mengikut kaedah Syarak yang dibenarkan, janganlah kita tersalah niat bahawa kita merancang harta kerana ingin melarikan diri daripada hukum faraid.

Ingat, Allah mengukur segala tindakan daripada niat kita. Perbetulkan niat bahawa segala usaha merancang harta yang kita lakukan ini adalah kerana kita ingin menjaga kebajikan dan maslahah orang yang kita kasihi kerana Allah. InsyaAllah segala-galanya akan dipermudahkan. Bab niat dalam perancangan harta, nanti saya cerita.

Sumber : Utusan Malaysia

.

.

.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

.

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Buat Wasiat Lebih Baik Daripada Hibah

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin