5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan Tahun 2024

5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan Tahun 2024

Oleh Mohd Ibrahim Bin Abu Bakar. Pakar Perwarisan Perniagaan

Terdapat pelbagai cara dalam membuat perancangan HARTA PUSAKA. Saya senaraikan 5 cara yang mudah anda lakukan dahulu

.

.

5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

  1. Buka Laptop Dan Senaraikan Segala Harta, Aset Dan Liabiliti Semasa
  2. Perlantikan Wasi Atau Pentadbir 
  3. Sediakan Peruntukan Dana Boleh Cair Lebih Awal
  4. Perancangan Dokumen Mestilah Di Rekodkan, Bertulis, Bertarikh Dan Bersaksi.
  5. Bonus: Guna Khidmat Konsultan Perwarisan Perniagaan

Wasiat, hibah dan waqaf adalah antara instrumen dalam perancangan harta pusaka. Tapi masih ramai yang tidak tahu cara untuk buat sebuah dokumen wasiat saham perniagaan yang lengkap.

Setiap hari ada sahaja orang yang meninggal dunia dan yang sedihnya, banyak syarikat tutup dan waris faraid berbalah dengan saham syarikat yang di tinggalkan.

Yang menyedihkan, isu itu tidak terhenti di situ sahaja. Bagaimana pula dengan operasi syarikat, gaji kakitangan, hutang-hutang syarikat yang menimbun dan macam-macam lagi.

5 cara membuat wasiat perniagaan
 5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

Buat masa, ramai pemilik syarikat mula sedar akan kepentingan merancang harta supaya dapat memberi manfaat yang berterusan kepada waris. 

Di Malaysia, orang Islam dan bukan Islam tertakluk di bawah undang-undang pembahagian harta dan pewarisan yang berbeza. 

Bagi orang Islam, harta pusaka yang tidak diwasiatkan akan dibahagikan mengikut Faraid manakala bagi orang bukan Islam pula, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menguruskan pengebumian dan pembayaran hutang tertunggak. 

Penyediaan dan perancangan wasiat dapat menyelesaikan banyak kemelut pada kemudian hari.

Walaubagaimanapun, dari sudut teknikaliti masih ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana untuk buat sebuah dokumen perwarisan harta yang lengkap. Oleh itu jom kita lihat perkara yang perlu dibuat untuk merancang perwarisan harta.

Berikut merupakan  5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

 5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

1. Buka Laptop Dan Senaraikan Segala Harta, Aset Dan Liabiliti Semasa

Ini adalah langkah pertama yang semua orang mesti buat. Anda perlu senaraikan semua aset dan hutang (liabiliti) yang anda miliki sekarang.

Anda perlu bahagian kepada beberapa sub topik.

TUNAI

  • 1.       Asb
  • 2.       Bank seperti Maybank, Cimb dan etc
  • 3.       Tabung Haji
  • 4.       CDS akaun
  • 5.       Unit trust
  • Dan yang lain

HARTANAH

  • 1. Alamat hartanah
  • 2. Nilai hartanah semasa
  • 3. MRTA atau MRTT yang tinggal
  • 4. Rumah mana yang berkongsi nama
  • 5. Jika tiada MRTA perlu ada Polisi Takaful yang sama nilai dengan hutang rumah

SAHAM SYARIKAT

  • 1. Nama dan alamat syarikat
  • 2. Senarai Nilai peratusan pegangan saham
  • 3. Berapa keuntungan dividen tahunan
  • 4. Berapa modal yang telah di salurkan ke dalam syarikat
  • 5. Perancangan Business Succession atau Business Exit
  • 6. Partnership Agreement.
  • 7. Kira berapa overhead bulanan syarikat.
  • 8. Kira berapa baki hutang yang tinggal
  • 9. Board reso bagi pengeluaran duit syarikat. Memudahkan merancang siapa yang boleh membuat pengeluaran wang syarikat.

KENDERAAN

  • 1. Nama kenderaan dan no plet
  • 2. Baki hutang
  • 3. Di mana geran kenderaan

Hutang yang tinggal bagi setiap aset di senaraikan dengan jelas.

SISTEM FAIL

Buat dan beli fail berwarna dan labelkan setiap fail mengikut topik harta dan aset. Simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Labelkan fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah anda tiada nanti.

Jika anda ingin meninggalkan username dan login bank lebih baik.

Selain itu, gunakan aplikasi seperti Google Doc, Google Sheet atau atau apa-apa aplikasi dalam talian untuk senaraikan kesemua aset dan hutang yang anda miliki.

Buat dua simpanan, satu salinan elektronik (softcopy) yang boleh disimpan dalam email dan satu salinan cetak (hardcopy) untuk diletakkan sekali dalam fail tersebut.

2. PERLANTIKAN WASI ATAU PENTADBIR

Masalah dalam mula mencairkan harta adalah perlantikan wasi atau pentadbir. Jika ianya boleh di rancang dari awal, ianya akan memudahkan waris-waris anda.

• Apakah tugas wasi ini?

Wasi adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka anda, mengikut wasiat atau pesanan anda. Kebiasaanya, anda disarankan untuk melantik ahli keluarga terdekat yang anda percaya akan berlaku amanah setelah pemergian anda nanti.

• Apa akan terjadi sekiranya anda tidak melantik wasi?

Waris perlu mendapatkan kata sepakat untuk melantik seorang wakil untuk menguruskan harta pusaka. Permuafakatan ini akan memanjangkan lagi proses menuntut harta pusaka nanti.

3. SEDIAKAN PERUNTUKAN DANA BOLEH CAIR LEBIH AWAL

• Apa yang dimaksudkan dengan dana boleh cair lebih awal ini?

Dana ini boleh di gunakan dan di keluarkan oleh waris anda dengan lebih cepat.

Dana ini boleh di tuntut oleh waris anda secara terus tanpa melalui proses untuk mendapatkan surat perintah kuasa.

Contoh aset boleh cair ini adalah simpanan di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau tabung haji yang telah berpenama. Di antara yang sebaiknya anda miliki adalah mengambil polisi takaful nilai perlindungan tinggi. Takaful boleh di cairkan dengan lebih cepat dengan syarat penerima hibah telah di tetapkan lebih awal.

• Kenapa perlu ada dana pantas?

Ini untuk membolehkan dan memudahkan waris anda menguruskan harta pusaka. Anda perlu faham bahawa menguruskan harta pusaka ada kos dan bukan percuma! Telah terjadi banyak kes harta pusaka yang terus terbeku kerana waris tiada tunai untuk uruskan harta pusaka arwah.

Walaupun anda tinggalkan RM2 juta dalam akaun bank sekalipun, wang tersebut akan terus dibekukan  jika waris anda tiada tunai sekurang-kurangnya 5% daripada keseluruhan harta pusaka anda. Akhirnya waris langsung tidak dapat menuntut manfaat daripada harta pusaka.

4. PERANCANGAN DOKUMEN MESTILAH DI REKODKAN, BERTULIS, BERTARIKH DAN BERSAKSI.


Konsepkan umumkan cara bagi aset menggunakan mulut tanpa merekodkan dan di daftarkan tidak boleh di terima pakai. Lebih-lebih lagi jika aset tersebut bernilai tinggi dan waris faraid kritikal.

Ayat seperti “Ayah dulu pernah cakap saham syarikat Megah Holding ini milik aku 100% sebab aku bantu ayah dari zaman penubuhan“.

“Rumah bernilai Rm1 juta ni milik aku sebab aku yang jaga ayah dan mak ketika mereka sakit”.

Jika anda mempunyai saham syarikat, tiada istilah saham akan di pindah milik secara AUTOMATIK kepada pemegang saham yang lain menggunakan form 32A di COSEC apabila anda meninggal dunia.

Apa itu wasiat
https://www.subscribepage.com/5-cara-membuat-wasiat-saham-perniagaan

5 Manfaat Perwarisan Perniagaan

https://perwarisanperniagaan.com/5-manfaat-perwarisan-perniagaan/

Sangat penting jika nak buat wasiat saham perniagaan, dokumen dan perancangan kewangan juga di buat sekali. Jangan hanya wasiatkan saham perniagaan tetapi perancangan survival bagi perniagaan tidak di buat. Penting perlu ada Keyman Polisi yang boleh menyediakan backup kewangan bagi syarikat selama 24 bulan operasi. 5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

Oleh itu, penting sekiranya nak buat wasiat, pastikan segala dokumen pewarisan tersebut lengkap bertarikh dan mempunyai saksi. Ini bagi mengelakkan pertikaian antara waris setelah anda meninggal dunia sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pesanan anda semasa hidup.

Dengan adanya dokumen lengkap sebegini, mudah bagi wasi atau Pentadbir untuk laksanakan pesanan arwah. Sama ada arwah ada berwasiat, buat hibah atau waqafkan sebahagian daripada hartanya. 5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

Borang-borang Jabatan Pusaka Kecil – https://www.jkptg.gov.my/my/pembahagian-pusaka-kecil

Permohonan Pusaka Kecil – https://www.jkptg.gov.my/index.php/my/permohonan-pusaka

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA – Jabatan Bantuan Guaman

https://www.jbg.gov.my/images/doc/risalah/pentadbiran-harta-pusaka.pdf

5. BONUS: GUNA KHIDMAT KONSULTAN PERWARISAN PERNIAGAAN
Walaupun cara membuat dokumen wasiat saham perniagaan ini nampak mudah, tetapi sebenarnya ia tidaklah semudah yang disangka.

Jika anda tiada ilmu merancang dan tidak mahir membuat Perwarisan Perniagaan, anda perlu rujuk dengan konsultan yang pakar untuk bantu anda merancang.

Kami akan membentangkan beberapa strategi dalam membuat perancangan Perwarisan Perniagaan. Pilihan yang ada adalah business succession atau business exit.

Dengan perancangan yang teliti, legasi perniagaan anda boleh di rancang lebih awal. Ini bagi mengelakkan waris anda terbeban dengan hutang-hutang syarikat dan beberapa komitmen dalam menjalankan perniagaan.

6 Ogos 2022 000

Terima kasih kerana membaca 5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

Konsultasi Perwarisan Perniagaan

5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan Tahun 2024

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin